Penulisan Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong disifatkan sebagai penulis berpengaruh geopolitik di Malaysia. Penulisan beliau mendapat perhatian media-media tempatan yang mengambil tulisan beliau sebagai suatu pendapat berkaitan hal antarabangsa. Dalam suatu tulisan dari Ayman pada 29 September 2019, beliau memmuji Greta Thunberg, menyifatkannya sebagai seorang yang berani namun menegaskan bahawa kelantangan Greta tidak menyelesaikan apa-apa masalah dalam isu alam sekitar kerana jurang diantara negara maju dan negara membangun dalam hal pengeluaran ekonomi.[2] Tulisan beliau juga mengenai isu Uyghur di China juga menjadi tumpuan pada Disember 2019 apabila Ayman dan penulis geopolitik Islam Abdul Muein Abadi saling membalas pendapat tentang krisis tersebut. Penulis Harakahdaily Alang Ibn Shukrimun berpendapat bahawa Ayman dan Abdul Muein masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, dengan Ayman bersifat lebih isu kedaulatan China, bahaya pemikiran Separatisme dan Ekstremisme serta membongkar propaganda media Barat dalam memperguna konflik di Xinjiang sebagai senjata perang dingin dan Abdul Muein pula fokus mengenai nasib umat Islam yang sering dipergunakan sama ada oleh Barat mahupun Timur, membongkar kebobrokan China yang melanggar hak asasi manusia terhadap Uyghur di samping menyedarkan orang mengenai agenda geopolitik China yang semakin agresif menyaingi Barat hingga menggugat kedaulatan negara lain.[3]

Selain penulisan dalam talian, Ayman Rashdan Wong juga adalah seorang penulis buku. Buku beliau bertajuk Dunia Tanpa Tembok yang diterbitkan oleh penerbitan konservatif The Patriots mendapat perhatian apabila ia terlihat dibawa dan dibaca oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika di luar kompleks Mahkamah Tinggi.[4][5] Buku beliau turut mendapat galakkan oleh Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah ketika temuramah pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.[6]

Pada April 2020 ketika pandemik COVID-19 di Malaysia. Ayman dalam satu catatan di Facebook mengatakan ada keberkatan untuk berpuasa selama tempoh PKP kerana ia akan membolehkan umat Islam menghayati Ramadan dan merenung diri dengan lebih baik.[7]

Rujukan

WikiPedia: Ayman Rashdan Wong //www.worldcat.org/oclc/1136513874 //www.worldcat.org/oclc/1136513895 https://www.thepatriots.asia/author/aymanrashdanwo... https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong https://www.goodreads.com/author/show/17497454.Aym... https://www.instagram.com/p/BvvtF1wgRbV/?hl=en https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/16... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/11/10... https://www.theborneopost.com/2020/04/25/improve-k... https://twitter.com/AymanRashdanW